|      
 
 
 
 Doa dan zikir berhubung     jalan suluk 
 
 Sesiapa yang memilih untuk memisahkan dirinya daripada dunia     supaya dia dapat menghampiri Allah hendaklah tahu ibadat-ibadat seperti doa     dan zikir yang sesuai untuk tujuan tersebut. Melakukan ibadat tersebut     memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya berada di dalam keadaan     berpuasa. Bilik khalwat biasanya berhampiran dengan masjid kerana syarat     bagi salik perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali sehari bagi     mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut hendaklah menjaga     dirinya agar tidak menonjol, menyembunyikan diri dan tidak berkata-kata     walau sepatah perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk hendaklah     mengambil langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi     prinsip-prinsip, dasar-dasar dan syarat-syarat sembahyang berjemaah.  
 
 Setiap malam, ketika tengah malam, salik mestilah bangun     untuk mengerjakan sembahyang tahajjud, yang bermaksud suasana jaga     sepenuhnya di tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud membawa symbol     kebangkitan setelah mati. Bila seseorang berjaya bangun untuk melakukan     sembahyang tahajjud dia adalah Pemilik hatinya dan pemikirannya bersih.     Agar suasana jaga ini tidak rosak dia tidak seharusnya melibatkan diri     dengan kegiatan harian seperti makan dan minum.  
 
 Sebaik sahaja bangun dengan menyedari dibangkitkan daripada     kelalaian kepada kesedaran, ucapkan:  
 
 “Alhamduli-Llahi     ahyani ba’da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi Allah yang     membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan     dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.  
 
 Kemudian bacakan sepuluh ayat terakhir surah al-‘Imraan, iaitu     ayat 190 – 200. Selepas itu mengambil wuduk dan berdoa:  
 
 “Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak ada yang     lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat. Daku bertaubat dari dosaku.     Ampuni dosaku, maafkan kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha     Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam     golongan mereka yang menyedari kesalahan mereka  dan masukkan daku ke dalam golongan     hamba-hamba-Mu yang salih yang memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang     mengingati Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang”.  
 
 Kemudian dongakkan pandangan ke langit dan buat pengakuan:  
 
 “Aku     naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada sekutu, dan aku naik     saksi Muhamamd adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Daku berlindung dengan keampunan-Mu     daripada azab-Mu. Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu.     Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu mengenali-Mu     sebagaimana Engkau kenali Diri-Mu. Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya.     Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-Mu. Dahiku yang di     atasnya Engkau tuliskan takdir adalah dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari     menerusi daku. Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku. Daku     serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang Engkau letakkan padanya. Daku     buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua dosaku. Tiada Tuhan kecuali     Engkau, dan Engkau Maha Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat     kejahatan, daku menzalimi diriku. Untukku kerana daku adalah hamba-Mu     ampunkan dosa-dosaku. Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh     mengampunkan”.  
 
 Kemudian menghadap ke arah kiblat dan ucapkan: “Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan     membesarkan-Nya”. 
 
 Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Segala kemenangan buat Allah”. 
 
 Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Segala puji dan syukur untuk Allah”. 
 
 Kemudian ucapkan sepuluh kali: “Tiada Tuhan melainkan Allah”. 
 
 Kemudian lakukan sembahyang sepuluh rakaat, dua rakaat satu     salam. Nabi s.a.w bersabda, “Sembahyang malam dua, dua”. Allah memuji orang     yang bersembahyang malam.  
 
 “Dan     di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang     sunat untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”.     (Surah Bani Israil, ayat 79).  
 
 “Renggang     rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur, dalam keadaan menyeru Tuhan mereka     dengan takut dan penuh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami     kurniakan itu mereka belanjakan”. (Surah as-Sajadah, ayat 16 & 17).  
 
 Kemudian pada akhir malam bangun semula untuk mengerjakan     sembahyang witir tiga rakaat, sembahyang yang menutup semua     sembahyang-sembahyang pada hari itu. Pada rakaat ketiga selepas al-Faatihah     bacakan satu surah dari Quran, kemudian angkatkan tangan seperti pada     permulaan sembahyang sambil ucapkan “Allahu Akbar!” dan bacakan doa qunut. Kemudian     selesaikan sembahyang seperti biasa.  
 
 Setelah matahari terbit orang yang di dalam suluk perlu     melakukan sembahyang isyraq, sembahyang yang menerangi, dua rakaat. Selepas     itu melakukan sembahyang istihadha’ dua rakaat, mencari perlindungan dan     keselamatan daripada syaitan. Pada rakaat pertama selepas al-Faatihah     bacakan surah al-Falaq. Dalam rakaat kedua selepas al-Faatihah bacakan     surah an-Nas.  
 
 Bagi mempersiapkan diri untuk hari itu lakukan sembahyang     sunat istikharah, sembahyang meminta petunjuk Allah untuk keputusan yang     benar pada hari itu. Pada tiap rakaat selepas al-Faatihah bacakan ayat     al-Kursi. Kemudian tujuh kali surah al-Ikhlas. Kemudian pagi itu lakukan     sembahyang dhuha, sembahyang kesalihan dan kedamaian hati. Lakukan enam     rakaat. Bacakan surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha. Sembahyang dhuha     diikuti oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang penebusan terhadap kekotoran     yang mengenai seseorang tanpa boleh dielakkan atau disedari. Tersentuh     dengan kekotoran walaupun secara tidak sengaja masih berdosa, boleh     dihukum. Ini boleh berlaku walaupun di dalam suluk, misalnya melalui     keperluan tubuh badan. Nabi s.a.w bersabda, “Jaga-jaga dari najis –     walaupun ketika kamu kencing, satu titik tidak mengenai kamu – kerana ia     adalah keseksaan di dalam kubur”. Setiap rakaat, selepas membaca     al-Faatihah bacakan surah al-Kausar tujuh kali.  
 
 Satu lagi sembahyang – panjang, walaupun empat rakaat –     harus dilakukan dalam satu hari semasa khalwat atau suluk. Ini adalah     sembahyang tasbih – sembahyang penyucian atau pemujaan. Jika seseorang itu     mengikuti mazhab Hanafi dia melakukannya empat rakaat satu salam. Jika dia     berfahaman Syafi’e dilakukannya dua rakaat satu salam, dua kali. Ini jika     dilakukan di siang hari. Jika dilakukan malam hari Hanafi dan Syafi’e     sependapat, dua rakaat satu salam, dua kali.  
 
 Nabi s.a.w memberitahu mengenai sembahyang ini kepada bapa     saudara baginda, Ibnu Abbas, “Wahai bapa saudaraku yang ku kasihi. Ingatlah     aku akan berikan kepada kamu satu pemberian. Perhatikanlah aku akan     Sampaikan kepada kamu satu yang sangat baik. Ingatlah aku akan berikan     kepada kamu kehidupan dan harapan baharu. Ingatlah aku akan berikan kepada     kamu sesuatu yang bernilai sepuluh daripada perbuatan-perbuatan yang baik.     Jika kamu kerjakan apa yang aku beritahu dan ajarkan kepada kamu Allah akan     ampunkan dosa-dosa kamu yang lalu dan yang akan datang, yang lama dan yang     baharu, yang kecil dan yang besar. Lakukan secara diketahui atau tidak     diketahui, secara tersembunyi atau terbuka”.  
 
 “Engkau kerjakan sembahyang empat rakaat. Pada tiap-tiap     rakaat selepas al-Faatihah kamu bacakan satu surah dari Quran. Ketika kamu     berdiri bacakan lima belas kali:  
 
 Subhana Llahi il-hamdu li-Llahi la ilaha illa Llahu wa-Llahu     akbar, wa-la hawla wa-la quwwata illa billahil l-‘Ali I-‘Azim.  
 
 Bila kamu rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh kali.     Ketika berdiri ulanginya sepuluh kali lagi. Ketika kamu sujud bacakan     sepuluh kali. Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali. Ketika     duduk bacakan sepuluh kali. Sujud semula bacakan sepuluh kali. Duduk semula     bacakan sepuluh kali. Kemudian bangun untuk rakaat kedua. Lakukan serupa     untuk rakaat yang lain sehingga empat rakaat”.  
 
 “Jika     kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari. Jika tidak lakukan sekali     sebulan. Jika tidak mampu juga lakukan sekali setahun. Jika masih tidak     mampu lakukan sekali seumur hidup”.  
 
 Jadi, empat rakaat itu tasbih diucapkan sebanyak tiga ratus     kali. Sebagaimana Nabi s.a.w ajarkan kepada bapa saudara baginda Ibnu     Abbas, dianjurkan juga kepada orang yang bersuluk melakukan sembahyang     tersebut.  
 
 Selain daripada tugas tersebut orang yang di dalam suluk     juga dianjurkan membaca Quran sekurang-kurangnya sebanyak 200 ayat sehari.     Dia juga hendaklah mengingati Allah secara terus menerus dan menurut     suasana rohani, samada menyebut nama-nama-Nya yang indah secara kuat atau     senyap di dalam hati. Ingatan di dalam hati secara senyap hanya bermula     bila hati kembali jaga dan hidup. Bahasa zikir ini adalah perkataan rahsia     yang tersembunyi.  
 
 Setiap orang mengingati Allah menurut keupayaan     masing-masing. Allah berfirman:  
 
 “Hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu”.     (Surah al-Baqarah, ayat 198).  
 
 Ingatlah kepada-Nya menurut kemampuan kamu. Pada setiap     tahap kerohanian ingatan itu berbeza-beza. Ia mempunyai satu nama lagi, ia     mempunyai satu sifat lagi, satu cara lagi. Hanya orang yang ditahap itu     tahu zikir yang sesuai.  
 
 Orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca surah     al-Ikhlas seratus kali sehari. Perlu juga membaca Selawat seratus kali     sehari. Dia juga perlu membaca doa ini sebanyak seratus kali:  
 
 “Astaghfiru     Llah al-‘Azim, la ilaha illa Huwa l-Hayy ul-Qayyum – mimma qaddamtu wa-ma     akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a’lamu bihi minni. Anta     l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.  
 
 Masa yang selebihnya setelah dilakukan ibadat-ibadat yang     telah dinyatakan, gunakan untuk membaca Quran dan lain-lain pekerjaan     ibadat.  
 
 
 
  |    
Posting Komentar
Posting Komentar