|      
 
 
 
 Sayyid Muhammad bin     Alawi Al-Maliki, Ulama Yang Amat Dicintai Masyarakat Sayyid Muhammad bin     Alawi Al-Maliki ialah salah seorang ulama Islam yang terutama desawarsa ini     tanpa ragu lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci     Makkah. 
 
 Beliau merupakan     keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam     Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang     paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah     dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau     merupakan suatu kemestian kepada para ulama yang menziarahi Makkah. 
 
 Keluarga 
 
 Keturunan Sayyid     merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan     kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris     keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan     keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam     Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum. 
 
 Keluarga Maliki     merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah     melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah     berkurun lama. Lima orang dari     keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram     Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi     Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika     pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang     jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin     Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada     kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya     As-Sayyid Muhammad Al-Maliki. 
 
 Bapa beliau pula,     As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak Makkah terunggul     di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di     Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk     dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di     Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting     agama di negara masing-masing. 
 
 Malah, Raja Faisal     tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah     meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada     tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah     sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen     Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak     pernah dilakukan melainkan hanya untuk beliau. 
 
 Maklumat lanjut     tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat     Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki     oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid     Abbas Al-Maliki. As-Sayyid Abbas juga seorang ulamak, tetapi lebih dikenali     dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi.     Biografi ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari     seluruh dunia Islam. 
 
 Keluarga Maliki juga     telah melahirkan ramai lagi ulamak lain, tetapi penulis hanya menyebut bapa     dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk     tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di abad-abad     mutakhir. 
 
 Kelahiran dan Pendidikan     Awal 
 
 As-Sayyid Muhammad     Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946,     di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal,     keluarga Sayyid yang melahirkan ulamak tradisi. 
 
 Beliau amat     beruntung kerana memiliki bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulama     paling berilmu di Makkah. Bapa beliau merupakan guru pertama dan utama     beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di Masjidil     Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. 
 
 Beliau belajar     dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan     oleh bapa beliau kepada beliau. 
 
 Pendidikan Lanjut 
 
 Dengan arahan     bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath     Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di     tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka     telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini     kepada orang lain. 
 
 Ketika berumur 15     tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh     di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya.     Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau     dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif.     Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun,     menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah     PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah diiktiraf cemerlang     dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika     itu, seperti Imam Abu Zahrah. 
 
 Perjalanan Mencari     Ilmu 
 
 Perjalanan menuntut     ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak     ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari     mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika     Utara, Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari     alim-ulamak yang hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid     dan maqam-maqam, serta mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab. 
 
 Di setiap tempat     ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, dan mengambil     faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari     Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka     telah pun sangat menghormati bapa beliau yang alim, dan merupakan satu     kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid. 
 
 Ijazah-ijazah 
 
 Sistem pengajian     tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk     menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang     memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal sahaja yang     boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh,     Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang     bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui     anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak     sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf,     bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. 
 
 Sayyid Muhammad     mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan ijazah     terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek     atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. 
 
 Di Tanah Arab, tanah     kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat     lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak teragung di zamannya, di setiap     cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada     murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia,     menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung. 
 
 Para Masyaikh yang     memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar     dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka: Dari Makkah: 
 
 1) Bapa beliau yang     alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki 2) Shaykh Muhammad     Yahya Aman al-Makki 3) Shaykh al-Sayyid     Muhammad al-Arabi al-Tabbani 4) Shaykh Hasan     Sa‘id al-Yamani 5) Shaykh Hasan bin     Muhammad al-Mashshat 6) Shaykh Muhammad     Nur Sayf 7) Shaykh Muhammad     Yasin al-Fadani 8) Al-Sayyid     Muhammad Amin Kutbi 9) Al-Sayyid Ishaq     bin Hashim ‘Azuz 10) Habib Hasan bin     Muhammad Fad‘aq 11) Habib     Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar 12) Shaykh Khalil     Abd-al-Qadir Taybah 13) Shaykh Abd-Allah     al-Lahji 
 
 Dari Madinah: 1) Shaykh Hasan     al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah 2) Shaykh     Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri 3) As-Sayyid Ahmad     Yasin al-Khiyari 4) Shaykh Muhammad     al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti 5) Shaykh Ibrahim     al-Khatani al-Bukhari 6) Shaykh     Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi 
 
 Dari Hadramawt dan     Yaman: 1) Al-Habib Umar bin     Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt 2) Shaykh As-Sayyid     Muhammad Zabarah, Mufti Yaman 3) Shaykh As-Sayyid     Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz 4) Al-Imam al-Sayyid     Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi 5) Al-Habib Alawi     ibn Abd-Allah bin Shihab 6) As-Sayyid Hasan     bin Abd-al-Bari al-Ahdal 7) Shaykh Fadhl bin     Muhammad Ba-Fadhal 8) Al-Habib     Abd-Allah bin Alawi al-Attas 9) Al-Habib Muhammad     bin Salim bin Hafeez 10) Al-Habib Ahmad     Mashhur al-Haddad 11) Al-Habib     Abd-al-Qadir al-Saqqaf 
 
 Dari Syria: 1) Shaykh     Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria 2) Shaykh As-Sayyid     al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki 3) Shaykh Muhammad     As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘e 4) Shaykh As-Sayyid     Muhammad Salih al-Farfur 5) Shaykh Hasan     Habannakah al-Maydani 6) Shaykh     Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi 7) Shaykh Muhammad     Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i 
 
 Dari Mesir: 1) Shaykh As-Sayyid     Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir 2) Shaykh Hasanayn     Muhammad Makhluf, Mufti Mesir 3) Shaykh Salih     al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar 4) Shaykh Amin     Mahmud Khattab al-Subki 5) Shaykh Muhammad     al-‘Aquri 6) Shaykh Hasan     al-‘Adawi 7) Shaykh As-Sayyid     Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati 8) Shaykh Dr.     Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar 
 
 Dari Afrika Utara     (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia): 1) Shaykh As-Sayyid     As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi 2) Shaykh As-Sayyid     Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith 3) Shaykh As-Sayyid     Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari 4) As-Sharif Idris     al-Sanusi, Raja Libya 5) Shaykh Muhammad     At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis 6) Shaykh al-Tayyib     Al-Muhaji al-Jaza’iri 7) Shaykh Al-Faruqi     Al-Rahhali Al-Marrakashi 8) Shaykh As-Sayyid     As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani 
 
 Dari Sudan: 1) Shaykh Yusuf     Hamad An-Nil 2) Shaykh Muddassir     Ibrahim 3) Shaykh Ibrahim     Abu-an-Nur 4) Shaykh At-Tayyib     Abu-Qinayah 
 
 Dari Rantau     Indo-Pak: 1) Shaykh     Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi 2) Shaykh Abd-al-Mu‘id     Khan Hyderabadi 3) Al-Imam Al’Arif     Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India 4) Mufti Muhammad     Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan 5) Mawlana Muhammad     Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith 6) Mawlana Zafar     Ahmad Thanawi 7) Shaykh     Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami 8) Sayyid     Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi 
 
 Senarai ini hanya     merupakan ulamak masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah darinya,     dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid     Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh     ini dalam pelabagai latarbelakang dan pengkhususan. 
 
 Karier Mengajar 
 
 Kalimah karier     sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan     aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini amat hampir     kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana     Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau,     mengajar hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material     langsung. ' Malahan, beliau     menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk     mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan     mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika     penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama     beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan     seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah     menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan     kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir,     Yaman dan Dubai. 
 
 Bagaimanapun apabila     pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di     Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak     tahun 1970. Pada tahun 1971,     sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk     menggantikan tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau     menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh     keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid     Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai     dihadiri di kedua-dua Tanah Haram. 
 
 Bagaimanapun pada     awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universiti     Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, memandangkan fatwa     dari sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya     sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka. Sejak itu, beliau     mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan Tasawwuf di rumah dan     masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah     umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500     orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri     pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia,     majlisnya dipenuhi penuntut. 
 
 Sayyid Muhammad     Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta     nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga     dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur’an antarabangsa di Makkah     selama tiga tahun berturut-turut. 
 
 Tulisan Beliau 
 
 Sayyid Muhammad     merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus     buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang,     social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama     dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku     teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia. 
 
 Kita sebutkan     sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang: Aqidah: 1) Mafahim Yajib an     Tusahhah 2) Manhaj As-salaf     fi Fahm An-Nusus 3) At-Tahzir min     al-Mujazafah bit-Takfir 4) Huwa Allah 5) Qul Hazihi     Sabeeli 6) Sharh ‘Aqidat     al-‘Awam 
 
 Tafsir: 1) Zubdat al-Itqan     fi ‘Ulum al-Qur’an 2) Wa Huwa bi     al-Ufuq al-‘A’la 3) Al-Qawa‘id     al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran 4) Hawl Khasa’is     al-Quran Hadith: 1) Al-Manhal     al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif 2) Al-Qawa‘id     al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith 3) Fadl al-Muwatta     wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi 4) Anwar al-Masalik     fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik 
 
 Sirah: 1) Muhammad     (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil 2) Tarikh     al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah 3) ‘Urf al-Ta’rif bi     al-Mawlid al-Sharif 4) Al-Anwar     al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah 5) Al-Zakha’ir     al-Muhammadiyyah 6) Zikriyat wa     Munasabat 7) Al-Bushra fi     Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra Usul: 1) Al-Qawa‘id     al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh 2) Sharh Manzumat     al-Waraqat fi Usul al-Fiqh 3) Mafhum     at-Tatawwur wa altTajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah 
 
 Fiqh: 1) Al-Risalah     al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha 2) Labbayk Allahumma     Labbayk 3) Al-Ziyarah     al-Nabawiyyah bayn as-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah 4) Shifa’ al-Fu’ad     bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad 5) Hawl al-Ihtifal     bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif 6) Al-Madh al-Nabawi     bayn al-Ghuluww wa al-Insaf 
 
 Tasawuf: 1) Shawariq al-Anwar     min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar 2) Abwab al-Faraj 3) Al-Mukhtar min     Kalam al-Akhyar 4) Al-Husun     al-Mani‘ah 5) Mukhtasar     Shawariq al-Anwar 
 
 Lain-lain: 1) Fi Rihab al-Bayt     al-Haram (Sejarah Makkah) 2) Al-Mustashriqun     Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis) 3) Silatu Riyadhah     Biddin (Hubungan Sukan dengan Agama) 4) Al-Qudwah     al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah) 5) Ma La ‘Aynun     Ra’at (Butiran Syurga) 6) Nizam al-Usrah fi     al-Islam (Peraturan Keluarga Islam) 7) Al-Muslimun Bayn     al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman) 8) Kashf al-Ghummah     (Ganjaran Membantu Muslimin) 9) Ad-Dawah     al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan) 10) Fi Sabil al-Huda     wa al-Rashad (Koleksi Ucapan) 11) Sharaf al-Ummah     al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah) 12) Usul at-Tarbiyah     al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi) 13) Nur an-Nibras fi     Asanid al-Jadd as-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid     Abbas) 14) Al-‘Uqud     al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau,     As-Sayyid Alawi) 15) Al-Tali‘     al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah) 16) Al-‘Iqd al-Farid     al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah) 
 
 Senarai di atas     merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan     diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang     belum dicetak. Kita juga tidak     menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan     buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad.     Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung. Banyak hasil kerja     As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. 
 
 Aktiviti lain 
 
 Sayyid Muhammad     merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang     sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika,     menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad     Sallahu Alaihi Wassalam. 
 
 Di Asia Tenggara     khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai     lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah Kristian.     Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangannya     hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya. 
 
 Ke mana sahaja     beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat tersebut akan     menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada     ratusan ribu manusia. 
 
 Beliau amat     disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja kerana     beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas,     hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat     pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya. 
 
 Pendekatan 
 
 Sayyid Muhammad     mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti Islam, jalan Ahlu     Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan     kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian. 
 
 Beliau percaya     kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa     fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan Awliyak agung yang     lepas. Beliau menentang     sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik,     yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini. 
 
 Beliau amat     menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad     ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu     menggunakan nama Islam yang suci. 
 
 Beliau juga memahami     bahawa mencela kesemua Ash’ari, atau kesemua Hanafi, Syafi’e dan Maliki,     kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman hari ini     adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang     lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya     rakan. 
 
 Sayyid Muhammad juga     amat mempercayai bahawa ulamak – ulamak Mazhab yang agung - mengikuti     Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada     Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita,     seperti yang dipercayai sesetengah pihak. 
 
 Kefahaman yang benar     berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para     ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden     ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh     dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik.     Kumpulan-kumpulan minoriti yang fanatiklah yang     perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka. Sayyid Muhammad     merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya’     agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian     di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan     kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah yang agung. 
 
 Beliau turut     mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau     berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua     pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang. 
 
 Sayyid Muhammad juga     beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk     meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga     material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada     perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu     sama lain dalam perkara yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka     sebaliknya perlu berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati     sebagai kejahatan dan dosa. 
 
 Pandangan dan     pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal,     Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku     yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf     tinggi di lingkaran para ulama. 
 
 Penutup 
 
 Tidak diragui lagi,     kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummah ini. Beliau     merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam     dari sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah     teramat mencintai beliau seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau. 
 
 Siapa sahaja yang     pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota suci     Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut yang     menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal     erti takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik     kepayahan kerana kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan     sentiasa bersama dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen. 
 
 Maklumat lanjut     kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat bertajuk,     Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr     Zuhayr Kutbi. 
 
 Pemergiannya 
 
 Beliau telah meninggalkan     kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk     meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di     Makkah. Kematiannya amat mengejutkan. 
 
 Benar, ia adalah     satu kehilangan yang besar. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia     Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia. 
 
 Beliau telah pergi     pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat. Saya adalah antara yang     menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya     As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl).     Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang     menangis dan sangat bersedih. Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat     dilupakan. Allahu Akbar. 
 
 Betapa hebatnya     beliau, betapa besarnya kehilangan ini. Betapa ramainya yang     menyembahyangkannya. Saya tahu mata saya tidak pernah menyaksikan seorang     sepertinya. Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau,     seorang ulama yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah. 
 
 Terdapat     sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di     perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat     diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat     sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram     sehingga ke tanah perkuburan. 
 
 Beliau disemadikan     di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah Khadijah. Sebelum     beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di     Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah     pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya     pula, "tidakkah engkau mahu menghadiri penegebumianku?" 
 
 Tepat sekali, beliau     pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat. Apakah lagi bukti yang diperlukan     menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya. Seluruh dunia     Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat     yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah     Sallahu Alaihi Wasallam. Amin. 
 
 Sumber: - Sejarah Ringkas     As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani (Rahmatullahi     Alaih oleh muridnya, Fakhruddin Owaisi Al-Madani 
 
 
 
  |    
Posting Komentar
Posting Komentar