|      
 
 Khalwat     dan suluk harus dilihat secara zahir dan batin. Khalwat zahir ialah apabila     seseorang mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia,     memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai     supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan     kewujudannya yang tidak diingini. Dia juga berharap agar dengan berbuat     demikian sumber kepada kewujudan yang tidak diingini, egonya dan hawa nafsu     badannya akan terpisah daripada bekalan hariannya dan terhenti juga segala     yang memuaskan dan mengenyangkannya. Seterusnya dia berharap pengasingan     itu akan mendidik egonya dan seleranya, memberi peluang kepada perkembangan     diri rohaninya.  
 
 Bila     seseorang memutuskan demikian niatnya mestilah ikhlas. Dalam satu segi dia     seumpama meletakkan dirinya di dalam kubur, dalam keadaan mati,     mengharapkan semata-mata keredaan Allah, berhasrat dalam hatinya melahirkan     yang asli dan beriman, yang boleh lahir daripada kewujudannya yang hina     ini. Nabi s.a.w bersabda, “Yang beriman adalah yang orang lain selamat daripada     tangan dan lidahnya”.  
 
 Dia     mengikat lidahnya dari berkata yang sia-sia kerana Nabi s.a.w bersabda, “Keselamatan     manusia datang dari lidah dan kebinasaannya juga dari lidah”. Dia     menutupkan matanya daripada yang diharamkan agar pandangannya yang khianat     dan menipu daya tidak jatuh ke atas apa yang dimiliki oleh orang lain. Dia     menutup telinganya dari mendengar pembohongan dan kejahatan, dan mengikat     kakinya, membelenggunya dari pergi kepada dosa.  
 
 Nabi     s.a.w bersabda menceritakan setiap anggota badan boleh melakukan dosa     sendirian, “Mata boleh berzina”. Bila salah satu daripada     pancaindera berdosa satu makhluk hitam yang hodoh diciptakan daripadanya     dan pada hari pembalasan ia menjadi saksi terhadap dosa yang kamu lakukan.     Kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.  
 
 Tuhan     memuji orang yang menghindarkan dirinya daripada kesalahan kerana yang     demikian merupakan penyesalan yang sebenar, taubat yang kuat.       “Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, dan     menegah diri daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itu tempat     kembalinya”. (Surah an-Naazi’aat,     ayat 40 & 41).
 
 
 Orang     yang takutkan Tuhannya dan bertaubat, mengeluarkan kewujudannya yang hina     daripada yang beriman dan mengeluarkan keburukannya daripada imannya,     ditukarkan di dalam khalwatnya, sehingga jadilah ia jejaka tampan.     Kewujudan yang elok ini menjadi khadam kepada penghuni syurga.  
 
 Mengasingkan     diri adalah benteng menghalang musuh bagi dosa diri sendiri dan kesalahan.     Di dalamnya, sendirian, seseorang terpelihara di dalam kesucian. Firman     Allah:      “Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah ia     kerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan seseorang jua dalam ibadat     kepada Tuhannya”. (Surah     al-Kahfi, ayat 110).
 
 
 Semua     yang diceritakan hingga kini adalah maksud bagi suasana khalwat zahir.     Maksud khalwat batin pula ialah mengeluarkan dari hati walaupun hanya     memikirkan hal keduniaan, kejahatan dan ego, meninggalkan makan, minum.     Harta, keluarga, isteri, anak-anak dan perhatian serta kasih sayang     semuanya.  
 
 Anggapan     orang lain melihat atau mendengar tentangnya jangan masuk kepada khalwat     ini. Nabi s.a.w bersabda, 
 
 “Kebesaran     dan apa yang diburunya adalah bala, dan melarikan diri daripada kebesaran     dan mengharapkan pujian orang dan apa yang dibawanya adalah keselamatan.” 
 
 Orang     yang bercadang memasuki khalwat batin mestilah menutupi hatinya daripada     kemegahan, sombong, takabur, marah, dengki, khianat dan yang seumpamanya.     Jika sebarang perasaan yang demikian masuk kepadanya di dalam khalwatnya     hatinya menjadi terikat. Ia tidak lagi terlepas daripada dunia dan khalwat     demikian tidak berguna. Sekali kekotoran memasuki hati ia kehilangan     kesuciannya dan semua kebaikan terbatal.       “Apa yang kamu bawa itu sihir, sesungguhnya Allah akan     membatalkannya (kerana) Allah itu tidak membaguskan amal orang-orang yang     berbuat bencana”. (Surah Yunus, ayat     81).  Walaupun     perbuatan seseorang itu kelihatan bagus pada pandangan orang lain, bila     sifat-sifat buruk memasukinya, orang itu dianggap berlaku khianat dan     menipu dirinya sendiri dan juga orang lain. Nabi s.a.w bersabda, “Sombong     dan takabur mencemarkan iman. Fitnah dan umpatan lebih buruk dari dosa     zina”. Juga, “Sebagaimana api membakar kayu dendam membakar dan     menghapuskan perbuatan baik seseorang”. Juga, “Fitnah itu tidur,     laknati ke atas siapa yang mengejutkannya”. Juga, “Orang yang bakhil     tidak masuk syurga walaupun dia habiskan umurnya dengan ibadat”. Juga, “Kepura-puraan     adalah bentuk sembunyi mengadakan sekutu bagi Tuhan”. Juga, “Syurga     menolak orang yang menolak orang lain”.  
 
 Banyak     lagi tanda-tanda sifat buruk yang dikutuk oleh Rasulullah s.a.w. Apa yang     dinyatakan sudah memadai untuk menunjukkan kepada kita bahawa dunia ini     adalah tempat yang memerlukan berterusan di dalam berhati-hati dan     berwaspada, perlu berjalan melaluinya dengan penuh cermat dan perhatian.     Matlamat pertama jalan kerohanian ialah menyucikan hati dan langkah untuk     memperolehinya ialah membenteras keegoan dan keinginan hawa nafsu. Di dalam     khalwat, dengan berdiam diri, bertafakur dan berzikir terus menerus, ego     seseorang diperbaiki. Kemudian Allah Yang Maha Tinggi menjadikan hati     seseorang itu bercahaya.  
 
 Tiada     yang dilakukan di dalam khalwat secara perbuatan sendiri. Apa yang perlu     ialah cinta, ikhlas dan keyakinan yang sebenar. Cara ini bukan cara orang     tersebut sendiri. Dia menuruti cara para sahabat Rasulullah s.a.w, cara     orang-orang yang mengikuti mereka dan cara orang yang mengetahui cara     mereka dan mengikutinya.  
 
 Bila     orang yang yakin berada pada jalan ini menurut jalan taubat, ilham dan     menyucikan hatinya, Allah mencabut dari hatinya dan dirinya segala yang     merosakkan dan yang keji dan melindunginya agar dia tidak kembali     kepadanya. Wajahnya akan menjadi cantik; perasaannya, samada dipendamkan     atau dizahirkan, menjadi tulen. Apa sahaja yang dia lakukan dilakukannya     dengan cara yang terpuji kerana dia berada di dalam kehadiran Ilahi. “Allah     mendengar orang yang memuji-Nya”. Jadi, Allah menjaganya. Allah     menerima doanya, kerinduannya dan puji-pujiannya dan mengabulkan segala     keinginannya.       “Barangsiapa mahukan kemuliaan maka bagi Allah jualah semua     kemuliaan. Kepada-Nya naik perkataan yang baik, amal yang salih itu Dia     angkat”. (Surah Fatir, ayat 10).  
 
 Perkataan     yang baik menyelamatkan lidah daripada perkataan yang sia-sia. Lidah adalah     alat yang baik untuk memuji Tuhan, mengulangi nama-nama-Nya yang indah,     memperakui keesaan-Nya. Allah memberi amaran terhadap perkataan yang     sia-sia:       “Tidak sekali-kali! Sesungguhnya yang demikian perkataan     yang ia ucapkan padahal di belakang mereka satu dinding hingga hari mereka     dibangkitkan (mereka tidak benar dalam perkataan mereka)”. (Surah Mukminuun, ayat 100). 
 
 
 Allah     mengurniakan keampunan-Nya, kasihan belas-Nya kepada orang yang belajar dan     mengamalkannya dengan niat yang baik. Dia membawanya hampir dengan     membawanya kepada darjat yang lebih tinggi. Dia reda kepadanya, Dia maafkan     kesalahannya.  
 
 Bila     seseorang telah dinaikkan kepada darjat itu hatinya menjadi seperti laut.     Bentuk dan warna laut itu tidak berubah kerana sedikit Kekejaman dan     penganiayaan yang orang ramai Buangkan kepadanya. Nabi s.a.w bersabda, “Jadilah     seperti laut yang tidak berubah, tetapi di dalamnya tentera gelap (ego)     kamu akan lemas”, seperti Firaun lemas di dalam Laut Merah. Dalam     lautan itu kapal agama timbul dengan selamat dan sejahtera, ia berlayar di     dalam lautan yang luas itu. Roh orang yang di dalam khalwat terjun ke     dasarnya untuk mendapatkan mutiara kebenaran, membawa ke permukaan mutiara     kebijaksanaan (makrifat) dari batu karang budi pekerti dan menyebarkannya     ke tempat yang jauh. Firman Allah:       “Keluar daripadanya mutiara dan marjan (batu karang)”. (Surah ar-Rahmaan, ayat 22).  
 
 Untuk     memelihara lautan tersebut zahir kamu mestilah sama dengan batin kamu, diri     kamu mestilah sama dengan apa yang kelihatan pada diri kamu. Suasana zahir     dan suasana batin kamu mestilah satu. Bila ini terjadi, tiada lagi     penipuan, hasutan atau kekacauan di dalam laut hati kamu. Tiada ribut nakal     yang boleh memabukkan di dalam lautan yang tenang itu. Orang yang     memperolehi suasana tersebut berada di dalam keadaan taubat sepenuhnya;     ilmunya luas dan bermanfaat, perbuatannya semuanya adalah khidmat untuk orang     lain, hatinya tidak mengalir kepada kejahatan. Jika dia tersilap atau lupa     dia dimaafkan kerana dia ingat bila dia lupa dan bertaubat bila dia     bersalah. Dia berada dalam kehampiran dengan Allah dan dirinya sendiri.  
 
  |    
Posting Komentar
Posting Komentar