-->

Mimpi Tentang Darah, Mimpi di Kejar kejar


Tabir Mimpi - Mimpi Tentang Darah, Mimpi di Kejar kejar

Mimpi DARAH *

menurut Islam:
Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya (terampun dosanya).

*menurut Barat:

Darah: Bermimpi pakaian yang berdarah, bererti musuh yang mencuba membinasakan kerjaya anda yang bermula berjaya. Melihat darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan dan penyakit, mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.

Mimpi DIKEJAR *

menurut Islam:
Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.

*menurut Barat:
Dikejar: Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.

Posting Komentar

Subscribe Our Newsletter