-->



Nasihat tentang Amanah

April 7, 2008 — sulaiman


An-Nisaa [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Ayat ini turun semasa Nabi bercadang untuk menyerahkan kunci Kaabah yang dijaga oleh “penjaga turun temurun” (sejak zaman jahiliyyah lagi) kepada penjaga lain yang baru. Allah menyuruh Nabi s.a.w. memulangkan kepada penjaganya yang asal.

Hadith Nabi s.a.w. tentang amanah:

Tidak sempurna iman
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).“
Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)

Sumber rezeki
“Amanah membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran” (Riwayat Ad-Dailami).

Akhir zaman amanah dihilangkan
“Daripada Abu Hurairah dia berkata:

“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: “Bilakah hari kiamat?”.

Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata “Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya”. Sementara yang lain pula berkata “Bahkan baginda tidak mendengar”.

Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: “Manakah orang yang menyoal”. Jawab (badawi tersebut): “Saya di sini wahai Rasulullah”. Baginda bersabda: “Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat”.

Tanya badawi tersebut: “Bagaimanakah menghilangkan amanah itu”.

Sabda baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”

Posting Komentar

Subscribe Our Newsletter