-->

PANDUAN MASUK RUMAH BARU




PANDUAN MASUK RUMAH BARU

Assalamualaikum wbt.

Meyakini ubat ada kuasa untuk memulihkan boleh membawa kepada syirik. (Sebab kuasa hanya mutlak milik Allah sahaja. Perlu guna ubat bila sakit selepas itu bertawakal kepadanya). Meyakini kita hebat boleh membawa kepada syirik kerana yang hebat hanya Allah. Itu sebabnya kita perlu sentiasa merendah diri sebab kita semua adalah hamba Allah yang sangat lemah. Meyakini AlQuran ada kuasa juga sama syiriknya sebab Quran tiada kuasa kerana Allah sahaja yang ada kuasa. Konsep ini dikuatkan lagi melalui konsep zikir Lahaulawalquwata... Itu sebabnya kalau kita menjampi dengan ayat Kursi kepada bayi yang menangis dengan iktikad ayat ini ada kuasa untuk menghalau hantu syaitan, insyaAllah Allah tidak beri pertolongan kerana Dia murka sebab mengapa minta tolong kepada Quran. Menjampi dengan ayat Kursi dan ayat-ayat lain dalam AlQuran dibenarkan dan disunnahkan dalam islam tetapi perlu waspada bahawa ini sekadar usaha kita sahaja. Quran tidak ada kuasa dan Allah sahaja yang berkuasa. Itulah sebabnya selepas baca ayat kursi atau mana-mana ayat quran lain sewaktu menjampi, disinilah yang paling penting iaitu berdoa dalam bahasa yang kita fahami (guna bahasa Cina pun tak apa.)

Jin dan iblis memang disebut dalam Quran dan hadis. Hantu adalah penyerupaan jin dan iblis kepada imej lain yang menakutkan (dengan izin Allah) untuk merosakkan akidah umat Islam. Takut kepada jin, iblis, syaitan dan hantu boleh membawa kepada syirik. Orang yang takut hantu dan syaitan ini sebenarnya sudah tidak yakin lagi dengan kehebatan Allah. Akibatnya dengan ini Allah mengizinkan hantu syaitan ini mengacau manusia sebagai satu musibah yang sangat perlu difahami dan dipelajari.

Kita kena akur bahawa di dalam bilik air di rumah banyak setan dan jin kerana ini ada disebut dalam hadis. Itu sebab Allah ajarkan melalui Nabi saw agar kita semua berdoa sebelum masuk tandas iaitu "Ya Allah lindungilah aku dari gangguan iblis jantan dan betina" sebelum masuk tandas.

Kita perlu menghormati makhluk jin dan syaitantan serta hantu ini kerana mereka juga adalah ciptaan Allah tetapi bukan takut kepada mereka. Kita hanya perlu takut kepada Allah swt sahaja.

Kembali kepada persoalan panduan masuk rumah baru, disini saya perturunkan amalan yang boleh dilakukan:

1. Kira-kira dua minggu sebelum pindah, biasakan sembahyang berjumaah di rumah baru ini dengan anak isteri dan rakan atau jiran. Jangan lupa untuk azan dan iqamah.

2. Sewaktu solat ini, berdoalah di waktu sujud terakhir (di dalam hati pun boleh) untuk memohon perlindungan dari Allah daripada gangguan setan, iblis, jin dan hantu.

3. Kalau bulan ramadan elok sangat lakukan solat tarawih (8 + 3) bersama keluarga di rumah ini. Kalau bulan lain boleh lakukan tahajud (8 + 3) dirumah lama sekarang. Teruskan berdoa. Kalau kekok sangat melakukan solat tahajud, lakukanlah solat hajat 2 rakaat, Ia mudah dan ringkas berdoalah dalam bahasa Melayu segala hajat yang dipohonkan.

4. Panjatkan kesyukuran sdr diizinkan Allah swt dapat membeli rumah dengan mengadakan majlis jamuan untuk anak yatim dan orang miskin dirumah baru ini. (house warming party untuk rakan-rakan sangat tidak digalakkan kerana mereka ini bukan fakir miskin yang layak untuk dijamu dan selalunya akan mengundang riak yang bakal memberikan masalah kepada anda sekeluarga)

5. Bacalah ALQuran surat Al Baqarah. Dalam hal ini Allah Ta'ala telah berfirman:
"Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah."
(HR. Muslim)


6. Pindahlah kerumah baru anda dengan tawakkal bahawa Allah sahaja yang berhak disembah dan dipinta pertolongan.

Saya mengingatkan kepada muslimin muslimat sekelian agar janganlah membeli sebarang ayat Quran untuk digantung di dinding. Ini memang sangat silap kalau dilakukan juga.

[[Antara perubatan yang saya lakukan kepada pesakit yang kena rasuk ialah perlu dibuang segala tangkal azimat di badan serta dipersekitaran termasuk kereta dan rumah. Selain itu saya perlu membersihkan rumah pesakit ini dari segala gantungan ayat Quran seperti ayat kursi. InsyaAllah selepas pengisian agama selanjutnya, pesakit ini dirahmati Allah dan bebas dari gangguan setan selamanya.]]

Membeli ayat untuk digantung ini mahal harganya hingga beratus ringgit. Membazir. Membazir adalah kerja syaitan. Alquran Allah turunkan untuk dibaca, difahami dan seterusnya diamalkan dan bukan untuk gantungan. Nama Allah dan Muhammad juga bukan untuk digantung. Allah untuk diibadati. Nabi tidak pernah mengajar untuk gantung AlQuran dan nama Allah serta Muhammad tetapi ini adalah pengaruh dari budaya orang kafir.

Sekian wallahualam, wassalam.

Emjay

Dipetik Dari:
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/25

Posting Komentar

Subscribe Our Newsletter